Sunday, August 7, 2011

7 ramadhan

kejap jak rasanya dh 7 ramadhan. hehe. Sebenarnya hitung ari mok balit bh, dalam 2 minggu balit lah. Tok mok cita skit lah pasal 7 hari sblum tok mcm-mcm juak dugaan yg dh ditempuh. Mmg ujian dari Allah lah ya, that why la bok terasa yg kita tok berpuasa n kita dapat hargai apa ya ramadhan. sebelum tok x pernah rasa cmya, tok x macam time kita x posa nak, mlh keja berat2 lpas ya dpt trus minum. hal tok berlaku 2,3,4 ramadhan ya tek lpas dilantik jadi biro logistik tok handle majlis perasmian & berbuka puasa koperasi. at 1st ingat keja ya rilek jak tp bila nak urus bnda ya dari pagi ke malam dengan ada test & kelas lagik nang terasa gilak lah dugaan ya (sabar jak la). tyme tok nang kuar masuk ofis jak keja coz nak minjam barang, dh la nak minjam barang mesti isik borang dolok n berik duit cagaran. nasib juak la sigek office jak make duit cagaran, mun x bnyk juak la duit dikpun kuar pake ya. yang penting syukurla ada member2 yang tolong, thanks 2 them all, tanpa sidaknya x pat la nak molah keja tok sorang dirik. mok tauk x pa keja ya, keja ya angkat smua peralatan n smua barang2 dak kerusi meja ya smua. keja tok polah siang ari la, mun malam x pat coz terawih pun kat ctok abis aher juak, gik pun kawan2 smua mesti mok ilek2 juak nak. so x mok juak nak ngaco eyh. sbnarnya jadi ketua biro tok x susah, arah org jak keja tapi ya la tek mesti tabah jak la mun org x da dibah kita lebih2 lagi bulan posa tok, mmg ssh mok cari org yang mok jadi volunteer (terpaksa la dirik keja berat2 sali nak). anyway, bila event ya success terasa la lega + puas nak coz pa yg dihandle ya berjalan lancar.
mesti ktkorg pelik nak knak tba2 aku tulis entry tok nak, salu b4 tok mesti post2 yang pasal pengajaran n cerita or gambar, mun ktkorg sedar bnyk gambar jak lam blog tok. 1st time tulis cmtok coz dpt ilham dari org ya coz rasa mcm bez jak tulis2 bnda yg kta mok pdh yg terpendam dlm ati nak, walaupun kita rasa ok org x tauk pa kita rasa tp prasaan ya jd kurang selesa bg dirik actually (mun x cayak cba try, mun sma juak x da beza x tauk lah). i realize that bila kita tulis hal yg berkaitan prasaan n experience mcm tok dapat menenangkan hati n rasa senang jak. i recommended for those who always rasa dirik x comfortable, x pa bh just luahkan jak pa dirasa & diingatkan juak jgn lebih2 gilak apa2 gik yg melibatkan maruah dirik n org. bnyk side effect ya, x salah bh mun mok luahkan apa dirasa just twistkan sikit so sensitivity ya dijaga. dhla, panjang juak leh mencarut tok tek. ntah pa yg ditulis kat atas ya, mcm kluar dari tajuk jak. ptt la bm dapt A2 jak spm dolok.. ahaha.. sian cikgu dhira (sapa kenal ya phm2 la).. gney2 pun stiap kerja yg kta buat msti pakey akal (jgn main tibai jak) mun boleh polah research dolok (berfalsafah dipagi hari, yeay!!!). cukup lah tok, mcm panjang jak, msti boring ktkorg baca (sorry la nak). x pyh baca mun x pande baca bhsa tok (lejuk molah karangan bm jak2, tukar gik la gik ow mun da masa lak molah entry k bhsa korea gik sak ktkorg terngaga pat ku tetak sorang dirik diat ktkorg terngaga).=P
btw selamat berpuasa n jagalah prangey ktkorg ya, x bgs menebikkan apa yang x tebik apa2 gik posa... azam posa tahun tok mok full kan terawih, x mcm tahun2 sebelumnya (asal dekat nak raya jak kompom ponteng).

Wednesday, July 6, 2011

Kesihatan I Awas..!! Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.

Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

Positifkan negatif

Kesedihan adalah subjek negatif yang positif. Musim demi musim datang dan pergi. Kita sedang menunggu kematian untuk kita dan sekeliling kita. Kita tidak suka sebenarnya. Tidak suka kerana itu bab kehilangan. Kehilangan akan menyebabkan kesedihan. Kesedihan kerana ada rasa kasih dalam diri yang disemai sejak lama. Itu fitrah manusia.

Apapun subjek sedih itu perlu kita positifkan walau ianya akan bermain diingatan untuk satu tempoh yang lama. Ianya mungkin kekal tinggal diam di benak kita yang paling dalam.

Proses kemanusiaan memang adil sebenarnya, kerana hikayat manusia itu memang sementara sifat dan perjalanannya.

Apabila kita merasakan sesuatu yang kita sayang dan berharga itu milik kita, ianya akan menjadi sebuah permasalahan yang halal. Halal kerana perhubungan kasih yang disemai sejak lama, seperti kita menjaga anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan belaian. Apabila ada interaksi dua hala yang subur antara kita dan mereka contohnya, sudah tentu akan hadir sebuah perhubungan yang suci lagi telus yang menjadi tali ikatan yang kukuh tertanam menjadi sebahagian hidup dan nadi kita.

Atau contoh lain ibu kita. Ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Kita dibelai dengan penuh kasih sejak dari dalam kandungan lagi. Bagaimana kita dapat menafikan tali kasih itu kerana tali perhubungan itu sudah hadir sejak kita masih di alam kandungan lagi?

Sekeras manapun kita, saya percaya semua kita pasti adamasanya menangis juga.

Kasih sayang antara manusia adalah bersifat kalkulatif. Kita didik anak kita dengan penuh kasih sayang dengan harapan bila mereka dewasa nanti kita tidak akan dilupakan, namun yang paling baik, menghargai itu bagi saya lebih membahagiakan dari kita mengharap sesuatu balasan yang mana mungkin kita akan kecewa jika apa yang kita harapkan menjadii begini, sudahnya menjadi begitu?

Seorang sahabat saya pernah mengakui yang dia masih kalkulatif dengan Tuhan dan hidup ini. Dia masih mengharap yang baik-baik saja dalam hidupnya. Saya katakan padanya mungkin tahap ikhlasnya melebihi apa yang saya ada, kerana walaupun saya bercerita tentang sesuatu yang telus dan ikhlas, saya pun seperti dia juga, kalkulatif dengan kehidupan ini? Ha ha ha

Hari ini saya sedang menghadapi babak yang sedih dalam hidup. Babak yang mungkin biasa bagi mereka yang sudah terbiasa dengan subjek kehilangan umpamanya di negara-negara yang dilanda peperangan di mana nyawa hanyalah umpama sehelai kertas yang melayang dibawa angin lalu. Kita yang di sini yang masih mengagungkan makna kehidupan lantas menghargainya sebagai sesuatu yang hebat, agak janggal apabila bercerita tentang subjek kematian.

Apapun kita tidak punya pilihan selain dari belajar untuk menghargai dan menghadapinya dengan jiwa yang tenang. Esok akan datang, lusa juga begitu. Begitulah ceritanya sehinggalah tiba detik untuk kita pergi. Innalillah.

facebook