Tuesday, November 16, 2010

Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan dinding nak jadi tangga

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga

Kenapa Seorang Lelaki Menangis......??

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Sunday, October 31, 2010

Cintakah Itu

"Bila kamu mencintai, kamu akan dilukai"

Adakah kerana cintalah itu rasa disakiti,
jika melihat dirimu berbual mesra dengan jejaka lain...
Cemburukah aku atau cintakah itu?

Cintakah itu apabila dikau jauh,
terasa rindu terlalu kuat mencengkam jiwa,
sepi dan menyakitkan...

Cintakah itu apabila dikau dekat,
terasa sungguh bahagia namun hati berdebar-debar...

Cintakah itu saat ingin ku luahkan 'aku cinta padamu',
lidah kelu tidak mampu berbicara...

Cintakah itu saat ku tatap matamu,
ku terpesona dan hanya hati berkata-kata....
'Kekasih..kaulah bandingnya cinta itu'....

Cintakah itu kala dirimu menjauh dan membisu,
aku mencari dan menangis...
Cintakah itu saat dirimu akan pergi,
terasa semangat layu tak bermaya...

Dan setiap detik yang berlalu itu...
Aku sedari 'cintalah ini'...
Sesungguhnya aku terlalu mencintaimu...
Maafkan aku kekasih...
Kerana telah membisu...

Sunday, October 10, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAMA...~~~ 11.10.2010

DEAR MY LUVLY MAMA, (HAJIJAH BINTI JAMAHARI)

first of all, i would like to say thank you very much coz jaga mek dengan sempurna lama tok.. Mama la yang terbaik.

Mama, selamat hari jadi ke 43 tahun tok. Smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

luv u mom....

sincerely.. apiz


Tuesday, August 24, 2010

tasbih cinta

Tatkala rindu dingin mendakap tubuh ini dengan erat,
maka terciptalah satu keajaiban antara dua jiwa,
tatkala bilangan tasbih rindu semakin mengejar dengan pantas angka rindu dihadapan,
maka wujudlah satu perasaan sayang yang semakin menebal di jiwa yang semakin layu dikala hilang air siraman kasih.

tatkala bilangan tasbih rindu semakin memanjang dan terwujud satu destinasi menterai dan keinginan,
maka perasaan dua jiwa satu hati semakin jauh menghanyutkan cinta ke alam perbezaan,

tatkala tasbih rindu semakin hampir dengan kehujung,
maka disitulah cinta terbukti dan kesahihan cinta terukir dibarat tanpa sempat merasa gelap.

Sunday, May 23, 2010

karnival smts 2010~~

actually x da gambar nk d uplod.. in my opinion, tetap x semeriah taun kmk org dolok wlwpun taun tok bnyk aktiviti such as main batu seremban 48jam k masuk malaysia book of record.. kata daknya la.. x da diat dakya main coz baru pergi marek (sabtu).. niway, best juak la dpt jmpa kwn2 lama rami2.. lama juak x jumpa bh.. tp kejap gilak.. then stay kat cya sampe mlm diat org blagu n mcm2 la.. dh boring gilak lu balit la.. nothing 2 describe gik.. hehe.. x da pa juak la ya.. mun best kompom bnyk nk dishare.. hahaha.. phm2 jak la.. =).. tp x pa, dak ya dh buat yg terbaek... tahniah la... hehehehe..

Wednesday, May 19, 2010

luahan hati ku~~



assalamualaikum dan salam sejahtera,,

beberapa hari ini aku telah mempelajari pelbagai perkara dan telah mengalami sesuatu yang susah untuk aku lupakan (x perlu la cita, privacy!!).. pesanan aku hanyalah hargailah sahabat2 korang. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan yang perlu diteguhkan dalam kehidupan tidak kira susah atau senang. Tanpa sahabat siapalah kita, sebagai seorang manusia kita hendaklah memilih rakan yang sesuai supaya diri kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang negatif. Aku menyedari bahawa kita tidak patut melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati sahabat kerana setiap perbuatan kita akan memberi kesan terhadap kepercayaan mereka terhadap kita. Kadang kala kita boleh melakukan kesalahan tanpa kita sedari, sebagai sahabat perlulah diingatkan supaya kita sebagai manusia dan insan biasa hendaklah mengingati satu sama lain dan bukannya terus membenci dan berdendam. Aku bersyukur kerana dianugerahkan sahabat2 yang baik2 dan sentiasa mengingatkan aku ke jalan yang benar.. terutama kepada sahabat2 aku yang rapat.. (no need to mention all those name).. hehe.. thanks u all.. Aku mengakui yang aku telah melakukan banyak kesilapan sepanjang kita bersama.. harap maaf jika aku menimbulkan banyak permasalah dalam hidup korang. Anyway i'm appreciate 4 the friendship and hope it will never ends.. thanks.. (^_^).. love u all..

Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI IBU..



IBU..
titisan peluhmu mengalir,
mengiringi penderitaanmu,
di setiap tawamu,
tersimpan tangisan batinmu,
hasratmu ingin melihat ku bahagia dan berjaya.

ibu,
kau mengajar aku erti kehidupan,
dikala senang dan susah,
kau juga mengajarku untuk menjadi seorang manusia yang baik,
saat ini, barulah aku faham erti sebenar kasih mu ibu,
yang mendidik aku hingga dewasa..

aku tersenyum,
tak ingin dirimu melihat aku menjatuhkan walau setitik air mataku,
bagimu biarlah dirimu menderita,
bagimu biarlah dirimu tersiksa,
asalkan aku bahagia..

seluas lautan kau selami, seluruh angkasa kau terokai, jagatraya kau jejaki,
untuk menghantarku ke lembah kebahagian dan inginkan aku berjaya,
betapa besar jasamu ibu,
bagimu biarlah aku tertawa di atas penderitaan mu,
bagimu biarlah aku bahagia di atas jeritanmu.

ibu,
suatu hari nanti akan ku balas kasih sayangmu,
walau tak mungkin tuk membalas pengorbananmu,
akan ku coba bahagiakanmu.

tanpa kasihmu siapalah diriku.. IBU..
SELAMAT HARI IBU..
buat ibuku HAJIJAH BINTI JAMAHARI yang disayangi..

facebook